Rabu, 22 Julai 2009

Pelajar PASTI Terbukti Bagus

GOMBAK: Pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTII) telah membuktikan kecemerlangan di dalam akademik apabila mombolot hadiah-hadiah utama di dalam acara CEPAT MEMBACA RUMI.

Di dalam acara tersebut, para pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan di di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Acara anjuran Perpustakaan Daerah Gombak ini adalah sempena Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlansung.

Di dalam pertandingan tersebut, pelajar-pelajar PASTI menunjukkan kelancaran mereka membaca sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di dalam daerah Gombak.

Penganjur program telah menjemput semua tadika di dalam daerah Gombak untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Inilah hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. Jika diberi peluang, Insya Allah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat" kata Sdra Azizul Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PASTI Gombak yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak.

Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi asuhan Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan sekaligus.

Mungkin mereka mengetahui sekiranya mereka menghantar pun peserta ke program tersebut, mereka tidak akan mampu bersaing dengan peserta-peserta PASTI.

Krew PemudaGombak.com Tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut. Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini.

Semoga ia membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang-jarang didedahkan.

Ia telah membuktikan kepada masyarakat bahawasanya selama ini PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.

Ahad, 5 Julai 2009

SUKAN SUKPA PASTI GOMBAK 2009

GOMBAK: telah diadakan Sukan PASTI peringkat Gombak. Bertempat di padang bolasepak Pinggiran Batu Caves Selangor.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Yg. Dipertua Pas Kawasan Gombak, En. Mohd Radzi Yusof atau lebih dikenali sebagai Cikgu Radzi dihadapan ratusan pelajar pra-persekolahan dari PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam dan para ibu-bapa dari sekitar daerah Gombak.

Ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humazi
(Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak)

Acara berlari

Acara lari bawa batal atas kepala

Acara lari dalam guning

Acara bawa bola dalam kon

Acara masuk goli dalam plastik


Penyertaan PASTI Kawasan Gombak di dalam Kejohanan Sukan PASTI pada tahun ini adalah begitu menggalakkan dengan 17 kontinjen dari kesemua 14 buah PASTI seluruh DUN kawasan Gombak.

Sebelum perlawanan bermula, pertandingan perbarisan telah diadakan. Semua kontinjen yang terlibat kelihatan begitu bersemangat mempamerkan kehebatan gaya dan pakaian seragam masing-masing. Perbarisan masuk sempena SUKPA2009 melibatkan 756 orang pelajar PASTI seluruh Gombak.Dalam pertandingan perbarisan ini, Kontijen PASTI Ehsan telah memenangi tempat pertama, diikuti oleh PASTI Al-Hikmah di tempat kedua manakala tempat ketiga diduduki oleh PASTI Al-Qamar.

Bagi acara Lari Berganti-PASTI Ilmi Permata telah muncul juara manakala PASTI Ehsan di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Ilmi BBS.

Juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Pasti 2009 ini jatuh kepada PASTI Ilmi Permata.