Selasa, 23 November 2010

Isnin, 28 Jun 2010

SELANGOR JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA


Syabas dan Tahniah kerana berjaya mengekalkan Johan Pesta Sukan Pasti Malaysia, mengulangi kejayaan tahun lepas di Negeri Selangor selaku tuan rumah...

Keputusan Muktamad, Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia di rangkul oleh PASTI Selangor. Dengan pungutan mata melalui, Tempat ketiga Bola jaring dan Juara Bola sepak. Ditambah pemain terbaik bola sepak dan penjaring terbanyak bola sepak.

Syabas dan tahniah buat mereka yang terlibah dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Malaysia dan seluruh warga PASTI Selangor, Ibu bapa pelajar dan penyokong-penyokong Kontigen PASTI Selangor

Berita penuh - Blog Pasti Selangor

Berita Penuh - Blog Pasti Malaysia




Ahad, 23 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR

Berita dari http://pastinegeriselangor.blogspot.com/


23 Mei 2010- Bertemakan Guru memimpin Perubahan Ummah serta warna tema hijau, PASTI Selangor telah mengadakan sambutan hari guru PASTI peringkat Negeri Selangor dengan gilang gemilangnya bertempat di Ruang Lobi Utama Menara Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dirasmikan oleh Ustaz Kamal Ashaari selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir pada majlis ini adalah, Wakil ALP PASTI Malaysia, Barisan ALP PASTI Negeri Selangor, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP Negeri Selangor, dan para guru dari 22 PASTI Kawasan dalam Negeri Selangor




Seterusnya disini

Ahad, 16 Mei 2010

HARI INI HARI PERTAMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PASTI SELANGOR

Kepada anak-anak Pasti

Semoga berjaya di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang bermula hari ini...
Hari Subjek Bahasa melayu dan Bahasa Arab... buat yang terbaik...

Doa dari ayah dan ibu untuk memastikan anak-anak boleh menjawab dengan baik dan betul...



Jumaat, 14 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Kepada warga Pasti (Guru dan pelajar)

Selamat menghadapi Peperiksaan pertengahan Tahun, semoga berjaya beroleh keputusan yang cemerlang.

Pasti Kawasan Gombak mengucapkan, Semoga Berjaya


Sila rujuk jadual peperiksaan Pertengahan Tahun



SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru
buat semua Guru-Guru Pasti Gombak



Jasa kalian amat-amat dihargai, usaha mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga diberkati dan dirahmati.


Tiada nilai dan harga yang boleh dibalas atas jasa kalian. Hanya pada Allah diserah segala-galanya.


Saf kepimpinan Pasti Kawasan Gombak

mengucapkan


Selamat Hari Guru



Selasa, 11 Mei 2010

PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

Berita dari Blog Pasti Negeri Selangor


Sunday, May 9, 2010

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.




Berita lanjut disini


Isnin, 10 Mei 2010

SUASANA DI HARI PESTA SUKAN PASTI SELANGOR

Kemeriahan Pesta Sukan Pasti Selangor
YB Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor merasmikan
Pesta Sukan Pasti Selangor pada kali ini
Inilah jaringan pertama dari Pasti Gombak oleh adik Qayyum...

Alamak, tak masuk pulak... keeper relax je...

Bilalah aku boleh main bola ni... baju aku bersih lagi, kawan-kawan dah nak hitam dah...

En. Kamal, jurulatih Pasti Gombak yang merupakan ayah kepada adik Najmudin (Pemain Terbaik Kebangsaan Tahun 2009)... jasamu amat dihargai...

Hebat, hebat... gaya apa tu???

Sepak, jangan tak sepak...

accident plak...

Canggih gaya tangkapan bola oleh adik Pasti Gombak ni...

sambut bola ni baik-baik... shoot bagi masuk ye...



Uruseria sedang update keputusan bola jaring...

Koboi sedang mengupdate keputusan bola sepak...

Separuh Akhir diantara Gombak bertemu Serdang... perlawanan memang hebat... tapi apakan daya... bolos 1 gol...

Guru-guru sedang menikmati makan tengahari... makan mee je???

Khemah Pasti Gombak... setia menunggu walaupun hujan sedang turun dengan lebatnya...


Majlis penyampaian Hadiah kepada Pemenang... Tempat ke-3, Usaha lagi...


Menanti penuh debaran menunggu keputusan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Bapak-bapak menanti dengan penuh ngomelan... apa lagi ucapan2, bagi hadiah sudahlah... dekat asar dah ni... sebentar kemudian azan oleh bilal otai di Surau berdekatan

Wah us md noor... satu keluarga memberikan sokongan kepada anaknya bermain bola... hebat, hebat...

Setiausaha DPPG, Damanhuri serta keluarga turut serta memberikan sokongan kepada pasukan Gombak...

KP Gombak juga hadir bersama memberikan sokongan kepada pasukan Gombak... dalam hujan tu...

Dalam kepenatan, sempat lagi bergambar... bersemangat waja guru-guru Pasti Gombak ni...

Gembira mendapat hadiah masing-masing... kalau dapat pingat emas lagi seronokkan...

Bersama Piala dan medal untuk tempat ke-3, bola jaring

Siap gigit medal lagi tu... hebat anak-anak pasti Gombak ni... usaha lagi tahun hadapan...

Tahniah kepada semua...

Dari
Pasti Kawasan Gombak