Ahad, 15 November 2009

ANUGERAH KECERMELANGAN PASTI KAWASAN GOMBAK 2009

Dirasmikan majlis oleh Ustaz Syarhan Humaizi
(Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak)

Kecil-kecil lagi sudah pandai membaca al-quran.. Alhamdulillah.. Memperdengarkan bacaan dari surah-surah lazim "Insya Allah bakal Bintang Kecil Akadimik Al-Quran"

Wajah2 Chumel, tanpa noda dosa anak-anak PASTI di Ihtifal PASTI Gombak. Wajah-wajah bakal pejuang Islam masa hadapan. InsyaAllah

Menyanyi Nasyid tema PASTI

Rintihan Keampunan dan doa

Nampak begitu bersemangat sekali

Khamis, 22 Oktober 2009

PENDAFTARAN TAHUN 2010 DIBUKA SEKARANG

Senarai PASTI Di Kawasan Gombak

Dun Batu Caves

1. PASTI At-Tawheed III, Taman Jasa Utama Tel: 019-2546489 (Cikgu Aisyah)
2. PASTI Ilmi BBS, Kg Bendahara Tel: 03-61876352 (Cikgu Zuzaini)
3. PASTI Ar-Rahman, Taman Jasa Tel: 03-61877716 (Cikgu Mas)
4. PASTI Al-Furqan, Kg Nakhoda Tel: 03-61887052 (Cikgu Umi)

Dun Gombak Setia

1. PASTI Ehsan, Tmn Pinggiran Batu Caves Tel: 03-61859659 (Cikgu Sue)
2. PASTI Al-Ansar, Taman Sri Gombak Tel: 017-3360401 (Cikgu amimah)
3. PASTI Al-Qamar, Kg Simpang 3 Tel: 03-61880702 (Cikgu Ruhaiza)
4. PASTI Al-Hikmah, Kg Sg Chin Chin Tel: 013-2545635 (Cikgu Mas)
5. PASTI Al-Badar, Kg Air Panas Tel: 017-6137383 (Cikgu Han)
6. PASTI Ilmi Kerdas, Kg Kerdas Tel: 013-6451429
7. PASTI Ibnu Sina, Taman Berjaya Tel: 03-61896867 (Cikgu Ain)

Dun Hulu Klang

1. PASTI Ilmi Permata, Taman Permata Tel: 03-41057306/03-41067855
2. PASTI Ummu Aiman, Taman permata Tel: 03-41067855 (Pn. Norita)
3. PASTI Ilmi Enggang, Jalan Enggang, Keramat Tel: 03-42535924 (Cikgu Rostina)

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, sila hubungi;

Pejabat PASTI Kawasan Gombak
No. 81A Jalan SG 3/10
Pusat Bandar Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Tel (hp) : 013-3533212 (En. Azizul)
Tel (hp) : 012-6420749 (Pn. Norita)

Tel (P) : 03-6185 0272 (Sri Gombak)
Tel (p) : 03-4106 7855 (Taman Permata)
Fax : 03-6185 0286

Rabu, 22 Julai 2009

Pelajar PASTI Terbukti Bagus

GOMBAK: Pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTII) telah membuktikan kecemerlangan di dalam akademik apabila mombolot hadiah-hadiah utama di dalam acara CEPAT MEMBACA RUMI.

Di dalam acara tersebut, para pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan di di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Acara anjuran Perpustakaan Daerah Gombak ini adalah sempena Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlansung.

Di dalam pertandingan tersebut, pelajar-pelajar PASTI menunjukkan kelancaran mereka membaca sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di dalam daerah Gombak.

Penganjur program telah menjemput semua tadika di dalam daerah Gombak untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Inilah hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. Jika diberi peluang, Insya Allah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat" kata Sdra Azizul Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PASTI Gombak yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak.

Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi asuhan Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan sekaligus.

Mungkin mereka mengetahui sekiranya mereka menghantar pun peserta ke program tersebut, mereka tidak akan mampu bersaing dengan peserta-peserta PASTI.

Krew PemudaGombak.com Tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut. Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini.

Semoga ia membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang-jarang didedahkan.

Ia telah membuktikan kepada masyarakat bahawasanya selama ini PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.

Ahad, 5 Julai 2009

SUKAN SUKPA PASTI GOMBAK 2009

GOMBAK: telah diadakan Sukan PASTI peringkat Gombak. Bertempat di padang bolasepak Pinggiran Batu Caves Selangor.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Yg. Dipertua Pas Kawasan Gombak, En. Mohd Radzi Yusof atau lebih dikenali sebagai Cikgu Radzi dihadapan ratusan pelajar pra-persekolahan dari PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam dan para ibu-bapa dari sekitar daerah Gombak.

Ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humazi
(Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak)

Acara berlari

Acara lari bawa batal atas kepala

Acara lari dalam guning

Acara bawa bola dalam kon

Acara masuk goli dalam plastik


Penyertaan PASTI Kawasan Gombak di dalam Kejohanan Sukan PASTI pada tahun ini adalah begitu menggalakkan dengan 17 kontinjen dari kesemua 14 buah PASTI seluruh DUN kawasan Gombak.

Sebelum perlawanan bermula, pertandingan perbarisan telah diadakan. Semua kontinjen yang terlibat kelihatan begitu bersemangat mempamerkan kehebatan gaya dan pakaian seragam masing-masing. Perbarisan masuk sempena SUKPA2009 melibatkan 756 orang pelajar PASTI seluruh Gombak.Dalam pertandingan perbarisan ini, Kontijen PASTI Ehsan telah memenangi tempat pertama, diikuti oleh PASTI Al-Hikmah di tempat kedua manakala tempat ketiga diduduki oleh PASTI Al-Qamar.

Bagi acara Lari Berganti-PASTI Ilmi Permata telah muncul juara manakala PASTI Ehsan di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Ilmi BBS.

Juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Pasti 2009 ini jatuh kepada PASTI Ilmi Permata.

Ahad, 12 April 2009

Pesta Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI Gombak Meriah

Pemain berbakat...Adik Najmudin menjaringkan lebih 40 gol dalam kejohanan kali ini

GOMBAK: Pesta Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak berlangsung dengan penuh meriah pada 11 April lalu bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Bolton. Acara dwi tahunan ini merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum PASTI yang bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kecerdasan mental serta fizikal para pelajar.

Program yang dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ust Hasbullah Mohd Ridzwan disertai oleh 14 buah PASTI Kawasan Gombak.

Selain memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, pesta sukan ini juga mampu melahirkan bakat dan bintang dalam sukan yang disertai samada bolasepak dan bolajaring. Ini terbukti dengan kemunculan Adik Najmuddin dari PASTI Ummu Aiman, Taman Permata yang berjaya menjaringkan lebih 40 gol dalam perlawanan bolasepak tersebut.

PASTI Ummu Aiman berjaya mendapat johan dalam kategori bolasepak manakala PASTI AlQamar meraih tempat kedua. Kategori bolajaring pula di menangi oleh PASTI Ehsan dan naib johan ialah PASTI Ilmi Taman Permata.

Acara Perlawanan Bolasepak

Aksi pelajar dalam perlawanan bolajaring