Ahad, 23 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR

Berita dari http://pastinegeriselangor.blogspot.com/


23 Mei 2010- Bertemakan Guru memimpin Perubahan Ummah serta warna tema hijau, PASTI Selangor telah mengadakan sambutan hari guru PASTI peringkat Negeri Selangor dengan gilang gemilangnya bertempat di Ruang Lobi Utama Menara Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dirasmikan oleh Ustaz Kamal Ashaari selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir pada majlis ini adalah, Wakil ALP PASTI Malaysia, Barisan ALP PASTI Negeri Selangor, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP Negeri Selangor, dan para guru dari 22 PASTI Kawasan dalam Negeri Selangor




Seterusnya disini

Ahad, 16 Mei 2010

HARI INI HARI PERTAMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PASTI SELANGOR

Kepada anak-anak Pasti

Semoga berjaya di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang bermula hari ini...
Hari Subjek Bahasa melayu dan Bahasa Arab... buat yang terbaik...

Doa dari ayah dan ibu untuk memastikan anak-anak boleh menjawab dengan baik dan betul...



Jumaat, 14 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Kepada warga Pasti (Guru dan pelajar)

Selamat menghadapi Peperiksaan pertengahan Tahun, semoga berjaya beroleh keputusan yang cemerlang.

Pasti Kawasan Gombak mengucapkan, Semoga Berjaya


Sila rujuk jadual peperiksaan Pertengahan Tahun



SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru
buat semua Guru-Guru Pasti Gombak



Jasa kalian amat-amat dihargai, usaha mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga diberkati dan dirahmati.


Tiada nilai dan harga yang boleh dibalas atas jasa kalian. Hanya pada Allah diserah segala-galanya.


Saf kepimpinan Pasti Kawasan Gombak

mengucapkan


Selamat Hari Guru



Selasa, 11 Mei 2010

PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

Berita dari Blog Pasti Negeri Selangor


Sunday, May 9, 2010

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.




Berita lanjut disini


Isnin, 10 Mei 2010

SUASANA DI HARI PESTA SUKAN PASTI SELANGOR

Kemeriahan Pesta Sukan Pasti Selangor
YB Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor merasmikan
Pesta Sukan Pasti Selangor pada kali ini
Inilah jaringan pertama dari Pasti Gombak oleh adik Qayyum...

Alamak, tak masuk pulak... keeper relax je...

Bilalah aku boleh main bola ni... baju aku bersih lagi, kawan-kawan dah nak hitam dah...

En. Kamal, jurulatih Pasti Gombak yang merupakan ayah kepada adik Najmudin (Pemain Terbaik Kebangsaan Tahun 2009)... jasamu amat dihargai...

Hebat, hebat... gaya apa tu???

Sepak, jangan tak sepak...

accident plak...

Canggih gaya tangkapan bola oleh adik Pasti Gombak ni...

sambut bola ni baik-baik... shoot bagi masuk ye...



Uruseria sedang update keputusan bola jaring...

Koboi sedang mengupdate keputusan bola sepak...

Separuh Akhir diantara Gombak bertemu Serdang... perlawanan memang hebat... tapi apakan daya... bolos 1 gol...

Guru-guru sedang menikmati makan tengahari... makan mee je???

Khemah Pasti Gombak... setia menunggu walaupun hujan sedang turun dengan lebatnya...


Majlis penyampaian Hadiah kepada Pemenang... Tempat ke-3, Usaha lagi...


Menanti penuh debaran menunggu keputusan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Bapak-bapak menanti dengan penuh ngomelan... apa lagi ucapan2, bagi hadiah sudahlah... dekat asar dah ni... sebentar kemudian azan oleh bilal otai di Surau berdekatan

Wah us md noor... satu keluarga memberikan sokongan kepada anaknya bermain bola... hebat, hebat...

Setiausaha DPPG, Damanhuri serta keluarga turut serta memberikan sokongan kepada pasukan Gombak...

KP Gombak juga hadir bersama memberikan sokongan kepada pasukan Gombak... dalam hujan tu...

Dalam kepenatan, sempat lagi bergambar... bersemangat waja guru-guru Pasti Gombak ni...

Gembira mendapat hadiah masing-masing... kalau dapat pingat emas lagi seronokkan...

Bersama Piala dan medal untuk tempat ke-3, bola jaring

Siap gigit medal lagi tu... hebat anak-anak pasti Gombak ni... usaha lagi tahun hadapan...

Tahniah kepada semua...

Dari
Pasti Kawasan Gombak

TAHNIAH KEPADA PASTI KAWASAN YANG MENANG

KEPUTUSAN PENUH PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

BOLA SEPAK


JOHAN: SERDANG

NAIB JOHAN: KUALA LANGAT

KETIGA: KUALA SELANGOR

KEEMPAT: GOMBAK

(Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4 melalui sepakan Penalti)


BOLA JARING

JOHAN: SERDANG

NAIB JOHAN: HULU LANGAT

KETIGA: GOMBAK



TAHNIAH... INSYA ALLAH PASTI GOMBAK AKAN BERUSAHA LEBIH KUAT BAGI MEMASTIKAN PASTI GOMBAK AKAN BERJAYA PADA TAHUN HADAPAN...
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR.





KHUSUS BUAT EN. KAMAL




















DAN KAK RUHAIZA, CIKGU NAPISAH SERTA GURU-GURU PASTI GOMBAK SELAKU JURULATIH YANG SETIAP PAGI DAN PETANG MELATIH ANAK-ANAK PASTI GOMBAK.

BUAT IBUBAPA YANG BERSEMANGAT BAGI MEMASTIKAN ANAK-ANAK MEREKA BERJAYA...


INSYA ALLAH TAHUN HADAPAN KITA USAHA LEBIH KUAT LAGI...



Selasa, 4 Mei 2010

PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR



PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

Tarikh
9 Mei 2010 (Ahad)
Tempat
Kompleks Sukan Klang, Sri Andalas

Masa
8.00 pagi


Kontigen Pasti Gombak

Ketua Kontigen : En. Mohamad Azizul bin Abu Bakar


Pasukan Bola Sepak
Jurulatih : En Kamal Akal bin Mokhtar


Pemain

1. Muhd Haziq Azizi B Fauzi

2. Arif Mursyidi B Che Nor

3. Muhammad Afiq B Khairul Anuar

4. Ahmad Syaahid B Karami

5. Syaqir Esszed B Noresszed

6. Muhammad Mifzal B Mohd Faruq

7. Muhammad Atiqqullah Mohd Zaki

8. Mohamad Harris Syazwan B Mohd Zaini

9. Muhammad Ammar B Md Noor

10. Qayyum Isqandar B Badrul Izwanni



Pasukan Bola Jaring


Jurulatih : Puan Ruhaiza Mohamed

Cik Napisah Nawi


Pemain

1. Nur Alia Qistina Bt Mohd Anuar

2. Nurul Ain Nabila Bt Mahadi

3. Ain Kharliesya Bt Mohd Rozi

4. Wan Madiha Bt Wan Mohd Mazli

5. Anis Farahin Bt Sabaruddin

6. Azra Auni Bt Hassan

7. Nureen Farhana Bt Muhamad Nasir

8. Imannur Rumaisha Bt Azrin

9. Siti Nurhumairah Bt Nordin

10. Sumayyah Bt Mohd Bambang


Pasti Gombak mendoakan agar beroleh kejayaan pada tahun ini...




Pra-Pelancaran MPTS & Pesta Sukan PASTI Hulu Selangor

18 April 2010, PASTI Kawasan Hulu Selangor telah mengadakan Pesta Sukan PASTI peringkat kawasan kali ke-5 bertempat di Padang Awam Hulu Bernam. Pada tahun ini sebanyak 13 PASTI cawangan mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan futsal dan bola jaring. Program bermula seawal jam 8.00pagi dimulakan dengan taklimat sukan, ikrar oleh pelajar dan bacaan doa. Kemeriahan sukan ini telah diserikan dengan beberapa gerai jualan untuk para peniaga menambahkan pendapatan.

Pada masa yang sama, satu program pra pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) telah dijalankan. Acara dirasmikan oleh Dr. Hjh. Halimah Bt Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Halimah juga turut merasmikan Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor. Dalam ucapan perasmian itu, YB turut memaklumkan beberapa perancangan dan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor dan disalurkan melalui MPTS untuk disalurkan ke tadika-tadika dalam Negeri Selangor.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah MPTS, Ust. Hasbullah Ridzwan, Jawatankuasa MPTS, ALP dan Pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan serta wakil-wakil tadika dalam Negeri Selangor. Selepas ucara perasmian, YB bersalam dengan anak-anak PASTI dan para ibu yang hadir. Johan bagi perlawanan futsal telah dimenangi oleh PASTI At-Taqwa manakala PASTI Anas menjadi johan bagi perlawanan bola jaring. Tahniah semua jawatankuasa yang terlibat dalam Sukan PASTI Hulu Selangor dan Pra-pelancaran MPTS.

Berita lanjut, sila layari

http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2010/04/pra-pelancaran-mpts-pesta-sukan-pasti.html