Jumaat, 15 November 2013

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Gombak 2013

10 November 2013 Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Gombak 2013 telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar. Majlis perasmian konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.

Majlis Konvokesyen ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Al Fadhil Ustaz Hasbullah Ridzwan, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira lebih daripada 800 orang ibu bapa dan keluarga ini turut diserikan dengan persembahan-persembahan daripada wakil-wakil pelajar PASTI.

Dengan ini, kami warga pengelola PASTI Kawasan Gombak ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa di atas kejayaan ini. Turut kami hargai ialah jasa para guru yang tidak mengenal erti penat dalam mendidik tunas-tunas Islam ini. ALLAHUAKBAR!!!

Adik Nur Aina Afiqah menerima anugerah Al-Ghazali yang merupakan anugerah tertinggi pada majlis konvokesyen ini. Anugerah ini dikurniakan kepada pelajar terbaik untuk semua bidang.





Jumaat, 8 November 2013

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN GOMBAK 2013

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan para ibubapa sempena Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Gombak 2013. 


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

31 Oktober 2013, pelajar-pelajar PASTI Kawasan Gombak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang coklat Beryl's dan Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada bidang-bidang yang diluar daripada silibus pelajaran mereka di samping untuk memupuk ukhuwwah dan semangat kerjasama di kalangan mereka. Harapan kami agar melalui lawatan seperti ini, ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang perkara-perkara baru yang sedikit sebanyak boleh memupuk minat mereka untuk belajar dengan lebih baik serta merangsang daya pemikiran mereka, insyaAllah.