Isnin, 30 September 2013

MAJLIS HI-TEA PASTI NEGERI SELANGOR

28 September, Gombak. Pasti Negeri Selangor berjaya mengadakan Majlis Hi-Tea bagi kutipan Dana dan Kebajikan Guru Pasti. Tetamu jemputan YB Ustaz Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri menegaskan Pasti wujud seawal tahun 80'an yang banyak memainkan peranan bagi memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak seawal 4, 5 dan 6 tahun. Alhamdulillah program ini disertai oleh semua lapisan masyarakat terutamanya warga Pasti, ibubapa dan pengurusan Pasti disemua peringkat samada diperingkat negeri, kawasan mahupun cawangan. Pengarah Program, Us Taufik memaklumkan bahawa tiket jualan kupon sumbangan telah berjaya diedarkan kepada pengerusi Pasti Kawasan supaya kutipan sumbangan ini menyeluruh dan sampai kepada sasaran. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan