Selasa, 10 April 2012

Sukan Pasti Gombak 2012 (SUKPA '12)

Pada 8 April 2012, Ahad, yang lepas, telah berlansungnya SUKAN PASTI GOMBAK 2012 (SUKPA '12) yang telah berlangsung di Padang Pinggiran Batu Caves. Seramai 946 pelajar PASTI dari semua PASTI dibawah kawasan Gombak telah mengambil bahagian. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan terdapat 3 kategori peringkat umur yang mengambil bahagian; acara 4 tahun, acara 5 tahun dan acara 6 tahun.

Pada pukul 7.30 pagi lagi, Padang Pinggiran telah mula dipenuhi oleh pelajar-pelajar, ibubapa, keluarga, guru-guru PASTI dan dengan para petugas yang sedang membuat persiapan terakhir. Dianggarkan hampir 3 500 orang yang memenuhi padang tersebut. Terdapat 3 padang kecil yang mewakili DUN masing-masing dibawah kawasan Gombak, antaranya; DUN Gombak Setia, DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves.

Pada pukul 7.45 pagi, acara telah dimulakan dengan pembarisan masuk peserta-peserta kontingen kumpulan rumah masing-masing. Suasana kelihatan begitu meriah dengan kanak-kanak PASTI yang berpakaian serba warna-warni dan pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat dari peserta-peserta pembarisan.

Tepat jam 9.30 pagi, SUKPA 2012 telah dirasmikan oleh YBHG. Ustaz Saleh Huddin bin Mohd Nasir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak.

Pada pukul 10 pagi, acara sukan bermula di setiap padang DUN dan sebanyak 5 acara sukan untuk pelajar tahun 6, 5 acara sukan untuk pelajar 5 tahun dan 5 acara sukan untuk pelajar 4 tahun. Acara sukan setiap DUN tamat pada pukul 11.30 pagi dan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu acara lari 100 meter berganti-ganti yang berakhir dengan perlawanan antara DUN. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat disepanjang acara berlangsung.

Pada pukul 12.00 tengahari, berlangsung sesi penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan dan setiap kategori umur. 

Tepat pada jam 1.30 tengah hari, Sukan PASTI Gombak 2012 berakhir dengan meriahnya.

Acara yang telah menjadi acara tahunan terbesar PASTI Gombak pada kali ini dengan julung-julung kalinya telah menjemput maskot Upin dan Ipin untuk memeriahkan dalam SUKPA pada tahun ini. SUKPA juga telah diserikan lagi dengan kehadiran badut yang menceriakan lagi suasana SUKPA.

Bagi pihak PASTI kawasan Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas terutama pemuda-pemuda PAS kawasan Gombak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan SUKPA 2012 pada kali ini dengan telah membuat pelbagai persiapan semenjak sebulan sebelum SUKPA 2012 berlangsung. Walaupun keadaan cuaca pada sukan PASTI tersebut agak panas, namun, ia bukan penghalang untuk memberikan khidmat yang terbaik dalam SUKPA pada kali ini.

Pihak PASTI kawasan juga mengucapkan ribuan tidak terhingga juga kepada para guru PASTI yang telah banyak membantu melancarkan program tahuanan terbesar ini. Semoga bertemu lagi dalam SUKPA 2013 pula. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pihak urusetia sempat merakam detik-detik menarik sepanjang SUKPA 2012 berlangsung.


[ Harimau Malaya sudah siap bersedia.. ]


 [ Enggang Berani! Yeay!]


[ "Hai, saya Upin", "Dan saya Ipin". 
"Kami sangat seronak bersama adik2 yang comel2 ni..
Comel macam saya juga.." ^_^]



[ Menanti untuk program dirasmikan oleh  YBHG. Ustaz Saleh Huddin bin Mohd Nasir 
selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak ]


 [Baca Bismillah, 1, 2, 3... Lariiii...]

 
 [ Sape nak menang, beratur betul-betul.. ]


[ Cepat3... ('',)]

Untuk gambar-gambar yang lebih banyak dan menarik, bolehlah layari facebook kami di Album Sukan Pasti 2012 (SUKPA'12) 1 dan Album Sukan Pasti 2012 (SUKPA'12) 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan