Isnin, 10 Mei 2010

TAHNIAH KEPADA PASTI KAWASAN YANG MENANG

KEPUTUSAN PENUH PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

BOLA SEPAK


JOHAN: SERDANG

NAIB JOHAN: KUALA LANGAT

KETIGA: KUALA SELANGOR

KEEMPAT: GOMBAK

(Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4 melalui sepakan Penalti)


BOLA JARING

JOHAN: SERDANG

NAIB JOHAN: HULU LANGAT

KETIGA: GOMBAK



TAHNIAH... INSYA ALLAH PASTI GOMBAK AKAN BERUSAHA LEBIH KUAT BAGI MEMASTIKAN PASTI GOMBAK AKAN BERJAYA PADA TAHUN HADAPAN...
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR.





KHUSUS BUAT EN. KAMAL




















DAN KAK RUHAIZA, CIKGU NAPISAH SERTA GURU-GURU PASTI GOMBAK SELAKU JURULATIH YANG SETIAP PAGI DAN PETANG MELATIH ANAK-ANAK PASTI GOMBAK.

BUAT IBUBAPA YANG BERSEMANGAT BAGI MEMASTIKAN ANAK-ANAK MEREKA BERJAYA...


INSYA ALLAH TAHUN HADAPAN KITA USAHA LEBIH KUAT LAGI...



Selasa, 4 Mei 2010

PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR



PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR

Tarikh
9 Mei 2010 (Ahad)
Tempat
Kompleks Sukan Klang, Sri Andalas

Masa
8.00 pagi


Kontigen Pasti Gombak

Ketua Kontigen : En. Mohamad Azizul bin Abu Bakar


Pasukan Bola Sepak
Jurulatih : En Kamal Akal bin Mokhtar


Pemain

1. Muhd Haziq Azizi B Fauzi

2. Arif Mursyidi B Che Nor

3. Muhammad Afiq B Khairul Anuar

4. Ahmad Syaahid B Karami

5. Syaqir Esszed B Noresszed

6. Muhammad Mifzal B Mohd Faruq

7. Muhammad Atiqqullah Mohd Zaki

8. Mohamad Harris Syazwan B Mohd Zaini

9. Muhammad Ammar B Md Noor

10. Qayyum Isqandar B Badrul Izwanni



Pasukan Bola Jaring


Jurulatih : Puan Ruhaiza Mohamed

Cik Napisah Nawi


Pemain

1. Nur Alia Qistina Bt Mohd Anuar

2. Nurul Ain Nabila Bt Mahadi

3. Ain Kharliesya Bt Mohd Rozi

4. Wan Madiha Bt Wan Mohd Mazli

5. Anis Farahin Bt Sabaruddin

6. Azra Auni Bt Hassan

7. Nureen Farhana Bt Muhamad Nasir

8. Imannur Rumaisha Bt Azrin

9. Siti Nurhumairah Bt Nordin

10. Sumayyah Bt Mohd Bambang


Pasti Gombak mendoakan agar beroleh kejayaan pada tahun ini...




Pra-Pelancaran MPTS & Pesta Sukan PASTI Hulu Selangor

18 April 2010, PASTI Kawasan Hulu Selangor telah mengadakan Pesta Sukan PASTI peringkat kawasan kali ke-5 bertempat di Padang Awam Hulu Bernam. Pada tahun ini sebanyak 13 PASTI cawangan mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan futsal dan bola jaring. Program bermula seawal jam 8.00pagi dimulakan dengan taklimat sukan, ikrar oleh pelajar dan bacaan doa. Kemeriahan sukan ini telah diserikan dengan beberapa gerai jualan untuk para peniaga menambahkan pendapatan.

Pada masa yang sama, satu program pra pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) telah dijalankan. Acara dirasmikan oleh Dr. Hjh. Halimah Bt Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Halimah juga turut merasmikan Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor. Dalam ucapan perasmian itu, YB turut memaklumkan beberapa perancangan dan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor dan disalurkan melalui MPTS untuk disalurkan ke tadika-tadika dalam Negeri Selangor.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah MPTS, Ust. Hasbullah Ridzwan, Jawatankuasa MPTS, ALP dan Pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan serta wakil-wakil tadika dalam Negeri Selangor. Selepas ucara perasmian, YB bersalam dengan anak-anak PASTI dan para ibu yang hadir. Johan bagi perlawanan futsal telah dimenangi oleh PASTI At-Taqwa manakala PASTI Anas menjadi johan bagi perlawanan bola jaring. Tahniah semua jawatankuasa yang terlibat dalam Sukan PASTI Hulu Selangor dan Pra-pelancaran MPTS.

Berita lanjut, sila layari

http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2010/04/pra-pelancaran-mpts-pesta-sukan-pasti.html

Ahad, 18 April 2010

PESTA SUKAN PASTI GOMBAK 2010
KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Gombak Setia, Ahad. Pasti Kawasan Gombak telah mengadakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bagi mencungkil bakat anak-anak Pasti di dalam Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Seramai 11 pasukan Bola Sepak dan 10 pasukan telah menyertai Pesta Sukan pada kali ini. Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bertujuan untuk menghantar penyertaan ke Pesta Sukan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Mei nanti di Kawasan Klang.

Untuk makluman, Pasti Malaysia telah menjadikan Pesta Sukan sebagai acara tahunan. Setiap Kawasan dan Negeri perlu mengadakan pesta sukan diperingkat masing-masing untuk mencari pasukan dan pemain terbaik bagi menyertai di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.

Berikut adalah keputusan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010, iaitu:

Kejohanan Bola Sepak
JOHAN: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG
NAIB JOHAN: PASTI AR-RAHMAN, DUN BATU CAVES
KE-3: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA

Kejohanan Bola Jaring
JOHAN: PASTI ILMI BBS, DUN BATU CAVES
NAIB JOHAN: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA
KE-3: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG

Pemilihan bagi mewakili Pasti Kawasan Gombak ke Pesta Sukan Negeri Selangor adalah berdasarkan Pasukan yang menang dan penilaian pemain terbaik.

Bagi pihak Pasti Kawasan Gombak, Tahniah kepada pasukan yang menang dan usaha lagi di tahun hadapan kepada pasukan yang belum menang.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 pada kali ini, khusus buat
1. Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor (Us. Hasbullah)
2. Ketua Dewan Pemuda Pas Gombak (Us Syarhan)
3. Ketua Dewan Muslimat Pas Gombak (Dr. Azimah)
4. Pemuda Gombak (UKJ Hulu Klang, UKJ Gombak Setia dan UKJ Batu Caves)
5. Pejabat PKM Adun Gombak Setia
6. Pasti Ibnu Sina (Tuan Rumah)
7. Amal Gombak
8. Nisa' Gombak
9. Pengurus Pasti
10. Guru-Guru Pasti
11. Ibubapa
12. Ilham Budi dan Syila Praba
13. MPS

Dan Semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010

Daripada PASTI KAWASAN GOMBAK
SUASANA DI HARI PESTA SUKAN PASTI GOMBAK 2010



TAHNIAH ILMI PERMATA... JOHAN BOLA SEPAK


AR-RAHMAN... NAIB JOHAN BOLA SEPAK


EHSAN... KETIGA BOLA SEPAK DAN NAIB JOHAN BOLA JARING (Gagal mempertahankan gelaran tahun lepas)


Pasukan Urusetia sedang berehat setelah penat mengendalikan Pesta Sukan...


Ni siapa yang nak tendang bola... pengadil ke pemain???


Main bola ke main lumpur??? macam iklan sabun baju je... kalau syarikat Iklan tahu mesti dia datang, tak payah buat rakaman sendiri, ambil kat pesta sukan pasti je... he he he


Lepas main, jangan lupa salam...


Pasti masuk kali ni... dah banyak kali try, asyik tak masuk je...


Macam nak terbang je... mana pergi bola???


Bila aku boleh main ni... letih dah tunggu...


Sepak, jangan tak sepak... yang tepi tu, main bola ke main sepak-sepak...


Inilah gaya bakal pemain bola sepak terbaik kebangsaan... anak Ketua UKJ Dun Gombak Setia


Tepi-tepi, aku nak sepak bola ni... korang jangan dekat aku... hebat, hebat adik pasti ni...


Ibubapa yang memberi semangat kepada anak-anak mereka...

Selasa, 6 April 2010

PESTA SUKAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PERINGKAT KAWASAN GOMBAK



Tarikh : 18 April 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Insya Allah, Johan akan mewakili Pasti Kawasan Gombak ke Peringkat Negeri hujung bulan ni. Johan peringkat negeri akan mewakili Pasti negeri Selang...or ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang.

Semoga tahun ini, Pasti Gombak akan menghantar wakil sehingga ke Peringkat kebangsaan. Tahun lepas Johan Pemain Terbaik Bola Sepak adalah Adik Najmuddin dari Pasti Ilmi Permata, Gombak... Dan Johan Bola Sepak adalah Pasti Negeri Selangor.

Begitu juga, Bola Jaring, Pasti Negeri Selangor mendapat tempat kedua...

Tahniah... moga Juara Bertahan dapat mempertahankan kejuaraan pada kali ini... Selangor terbaik...

http://pestasukanpastimalaysia09.blogspot.com/

Khamis, 1 April 2010

GAMBAR SEKITAR SUKAN PASTI (SUKPA) GOMBAK 2010

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Padang Taman Permata, Hulu Klang




Pengarah Program memberikan ucapan alu-aluan


Al-Fadhil Ketua Pemuda, Us Syarhan memberikan kata-kata semangat kepada peserta...


Sdr. Khairulfahmi, SU Pemuda Pas Negeri turun ke padang untuk melawat kontingen Pasti-Pasti dan menyampaikan saguhati kepada setiap kontingen... selepas merasmikan SUKPA 2010...


Inilah, johan menanti...


Gerai jualan yang memeriahkan lagi SUKPA 2010... Gaint Hulu Klang sebelah padang je, lepas sukan, shopping kat Giant...


Piala Pusingan yang menjadi rebutan Pasti-Pasti...

Akhirnya ia milik...
1. Johan Pasukan Terbaik Dun Batu Caves : Pasti Ehsan 2
2. Johan Pasukan Terbaik Dun Gombak Setia : Pasti Ibnu Sina
3. Johan Pasukan Terbaik Dun Hulu Klang : Pasti Ilmi Permata 2
4. Johan Keseluruhan : Pasti Ibnu Sina, Gombak Setia
5. Johan Perbarisan : Pasti Ilmi Enggang, Hulu Klang

Tahniah di atas kemenangan, tahun hadapan cuba lagi...


Hadiah-hadiah yang akan menjadi milik jagoan anak-anak Pasti...




Ketua Pemuda Negeri memantau dan memeriksa keputusan acara...


Pemenang acara 4 tahun...


Pengadil dan DJ yang tak henti-henti menerima keputusan dan membuat pengumuman terima hadiah... kaunter pengadil tak putus-putus dengan majlis penyampaian hadiah...


Ketua Pemuda menyampaikan hadiah kepada pemenang... lenguh tangan KP tu, bila nak tukar???


Ketua Pemuda negeri pula menyampaikan hadiah... lagi lama tunggu pengganti... Tunggu SU Negeri ntah pergi mana??? macam kenal je, anak siapa tu???