Selasa, 4 Mei 2010

Pra-Pelancaran MPTS & Pesta Sukan PASTI Hulu Selangor

18 April 2010, PASTI Kawasan Hulu Selangor telah mengadakan Pesta Sukan PASTI peringkat kawasan kali ke-5 bertempat di Padang Awam Hulu Bernam. Pada tahun ini sebanyak 13 PASTI cawangan mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan futsal dan bola jaring. Program bermula seawal jam 8.00pagi dimulakan dengan taklimat sukan, ikrar oleh pelajar dan bacaan doa. Kemeriahan sukan ini telah diserikan dengan beberapa gerai jualan untuk para peniaga menambahkan pendapatan.

Pada masa yang sama, satu program pra pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) telah dijalankan. Acara dirasmikan oleh Dr. Hjh. Halimah Bt Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Halimah juga turut merasmikan Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor. Dalam ucapan perasmian itu, YB turut memaklumkan beberapa perancangan dan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor dan disalurkan melalui MPTS untuk disalurkan ke tadika-tadika dalam Negeri Selangor.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah MPTS, Ust. Hasbullah Ridzwan, Jawatankuasa MPTS, ALP dan Pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan serta wakil-wakil tadika dalam Negeri Selangor. Selepas ucara perasmian, YB bersalam dengan anak-anak PASTI dan para ibu yang hadir. Johan bagi perlawanan futsal telah dimenangi oleh PASTI At-Taqwa manakala PASTI Anas menjadi johan bagi perlawanan bola jaring. Tahniah semua jawatankuasa yang terlibat dalam Sukan PASTI Hulu Selangor dan Pra-pelancaran MPTS.

Berita lanjut, sila layari

http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2010/04/pra-pelancaran-mpts-pesta-sukan-pasti.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan