Isnin, 30 September 2013

MAJLIS HI-TEA PASTI NEGERI SELANGOR

28 September, Gombak. Pasti Negeri Selangor berjaya mengadakan Majlis Hi-Tea bagi kutipan Dana dan Kebajikan Guru Pasti. Tetamu jemputan YB Ustaz Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri menegaskan Pasti wujud seawal tahun 80'an yang banyak memainkan peranan bagi memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak seawal 4, 5 dan 6 tahun. Alhamdulillah program ini disertai oleh semua lapisan masyarakat terutamanya warga Pasti, ibubapa dan pengurusan Pasti disemua peringkat samada diperingkat negeri, kawasan mahupun cawangan. Pengarah Program, Us Taufik memaklumkan bahawa tiket jualan kupon sumbangan telah berjaya diedarkan kepada pengerusi Pasti Kawasan supaya kutipan sumbangan ini menyeluruh dan sampai kepada sasaran. 


Rabu, 18 September 2013

HARI ALAMRIA PASTI MALAYSIA 2013

Shah Alam, 15 September, PASTI Malaysia berjaya mengadakan Hari Alamria PASTI Malaysia yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama Seksyen 16, Shah Alam. 8 acara yang dipertandingkan iaitu Nasyid, Kalam Jamaie, Sajak, Bercerita, Hafazan, Pidato, Khutbah dan Azan. Tahniah  kepada PASTI Negeri Kedah di atas kejayaan sebagai Johan Keseluruhan Hari Alamria PASTI Malaysia.

Di bawah ini suasana Hari Alamria PASTI Malaysia...




Lagi Gambar menarik di sini 
Ehsan dari Mohamad Rozi Malik...


Khamis, 12 September 2013


SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA KONTIGEN PASTI NEGERI-NEGERI





Kordinat Google Maps
3.061619, 101.507277

HARI ALAMRIA PASTI KAWASAN GOMBAK

HARI ALAMRIA PASTI KAWASAN GOMBAK


Hari Alamria Pasti Kawasan Gombak yang berlangsung pada 7 Julai di KUIZM, Taman Melewar.

Berikut adalah gambar-gambar menarik disepanjang perjalanan program tersebut.

Gambar lagi... disini





PESTA SUKAN PASTI SELANGOR 2013

Sumber dari : http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2013/06/pesta-sukan-pasti-selangor-2013.htm



22 Jun 2013; Sepang: Pesta sukan PASTI Negeri Selangor 2013 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di padang Kompleks Malaysia Airport Berhad. Sukan yang diadakan 2 tahun sekali ini melibatkan pertandingan bola sepak mini serta bola jaring. Sebanyak 18 pasukan bola jaring serta 20 pasukan bola sepak menyertainya. Sebanyak 2 pusingan perlawanan diadakan dimana pusingan pertama liga dan pusingan kedua kalah-mati  bagi 8 pasukan yang terbaik dari setiaqp kumpulan.



Majlis penutupan Pesta Sukan ini di sempurnaka oleh Y.B Tuan Mohd Haslin Hassan selaku ADUN Tanjung Sepat. Tahniah kepada para pemenang serta selamat berjuang di peringkat Malaysia 29 Jun 2013 di Kedah. Berikut adalah keputusan Pesta sukan Negeri Selangor 2013.



Bola Sepak

Johan: PASTI Kawasan Serdang

Naib Johan: PASTI Kawasan Kuala Langat

Ketiga: PASTI Kawasan Petaling Jaya Selatan

Keempat: PASTI Kawasan Kota Raja



Bola Jaring:

Johan: PASTI Kawasan Petaling Jaya Selatan

Naib Johan: PASTI Kawasan Puchong

Ketiga: PASTI Kawasan Kapar

Keempat: PASTI Kawasan Hulu Langat





Juara Keseluruhan: PASTI Kawasan Petaling Jaya Selatan 


SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2013






24Mei2013, Seri Serdang: Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya. Majlis berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dengan kehadiran wakil MGP kawasan diseluruh Selangor bersama penerima anugerah tokoh kawasan.  Majlis dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia Y.B Tuan Ust. Hasbullah Mohd Ridzwan. Turut hadir  majlis ini ADUN Seri Serdang, Yang DiPertua Kawasan, Ketua Muslimat kawasan serta Ketua Dewan pemuda kawasan Puchong mewakil tuan rumah program.



Tidak terkecuali juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ust Wan Hasrina turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini serta mewakili DMPNS meyumbangkan kek hari guru. Turut berlangsung pertandingan merekacipta alat bantu mengajar (ABM) dari untuk MGP kawasan yang berminat. Berikut adalah penerima anugerah bagi peringkat PASTI negeri Selangor.






Guru cemerlang Kawasan
Nama
Sabak Bernam
JANNATUN ARSHIAH BT. MOHD TAIB
Sungai Besar
MASITAH BT. MD YASIN
Hulu Selangor
BADRIZA  BT. CHE  PI
Tanjung Karang
ZALINA  BT.  NGADON
Kuala Selangor
SARIPAH NOORAINI BT. AHMAD
Selayang
KAMRINUPUS BT. HASAN
Gombak
NORIHAN BT. ABDULLAH
Ampang
NOOR DINAH @ NOOREHA BT. HARUN
Pandan
NORAZLIZA BT. AYOB
Hulu Langat
SITI ZALEHA BT. BAKAR
Serdang
NORHERAH BT. ABU BAKAR
Puchong
NOR  KHATIJAH  BT. MASDER
Kelana Jaya
SITI NUR FATHIAH BT. MD YUSOF
Petaling Jaya Selatan
SITI NURIHAH BT. OTHMAN
Petaling Jaya Utara
DEWI SOFIA BT. NUR HASYIM
Subang
ROSSNANI BT. BUJAL
Kapar
NOOR LAILI BT. ASLAH
Shah Alam
ZURAINA  BT. MAT JAEH
Klang
NORAZURAH BT. MOHD SIDEK
Kota Raja
ZULIAH BT. HJ ISMAIL
Kuala Langat
SITI AISHAH BT. ABDUL JALIL
Sepang
HAIRILFIZAH   MUHAMED  HARUN


Kategori
Nama
Tokoh Guru PASTI Selangor
NORLELA BT. IBRAHIM
Guru Paling lama Berkhidmat
Salimah Bt. Sarkawi
Tokoh PASTI Negeri 2013

prof DR SUPYAN B. HUSSIN